Saturday 3 August 2013

10 Filem Terbaik Ditayangkan di TV2 Sepanjang Syawal 2013

Sebanyak 10 filem terbaik tempatan akan ditayangkan berturut-turut sepanjang bulan Syawal ini menerusi saluran TV2.
Bermula pada 7 Ogos ini, hayati kisah pengorbanan seorang ayah, Saadom terhadap anaknya, Miasara dalam filem Papadom yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Afdlin Shauki, Noorkhiriah, Liyana Jasmay, dan Vanidah Imran. Ia bersiaran pada pukul 11.30 malam.
Menyusul kemudiannya filem Selamat Pagi Cinta pada 8 Ogos (2 petang) lakonan Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani. ia mengisahkan dua kisah cinta yang penuh suka dan duka. Pertemuan yang membibitkan perasaan cinta dan perpisahan yang penuh dengan kekecewaan dan persoalan.
Tayangan filem ‘box office’, Ombak Rindu pada 8 ogos (10.30) yang telah diaptasikan daripada novel Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari.
Filem arahan Osman Ali yang menampilkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani ini mengisahkan perjalanan hidup Izzah dan Hariz daripada dunia yang berbeza terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan.
Bergelak ketawa pulamenerusi filem Duyung (9 Ogos, 2 petang) lakonan Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, dan Yasmin Hani yang mengangkat latar kisah tentang Jimmy yang menaruh hati terhadap Aspalela.
Sikap Jimmy yang suka membersihkan laut membawa tuah kepada dirinya apabila dia dapat bertemu dengan ikan duyung penemuan ini merubah hidup Jimmy dan orang kampung.
Filem aksi Bunohan yang pernah memenangi banyak anugerah yang mengisahkan tiga orang adik-beradik bernama Adil, Bakar dan Ilham.
Kehadiran mereka membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka. Setiap seorang daripada mereka bergelut dengan ketidakpuasan, pengampunan dan kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa dan pengkhianatan yang berpanjangan.
Lakonan filem Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Wan Hanafi Su dan Namron itu disiarkan pada 9 Ogos (10.30 malam).
Seterusnya nantikan filem Gangster pada 11 Ogos (4.30 petang), kisah dan konflik yang dihadapi oleh individu-individu tertentu di mana mereka menghadapi pelbagai desakan hidup di bandar lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Hasnul Rahmat, dan Ako Mustapha.
Peminat Tomok pula usah ketinggalan menyaksikan filem Mantera yang melibatkan tiga buah Negara iaitu Malaysia, Rusia dan Dubai. Filem yang disiarkan pada 11 Ogos (11 malam) mengisahkan anak muda bernama Azman yang secara tidak sengaja mendapat kuasa luar biasa yang memberi kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’.
Selain Tomok, filem ini dibintangi oleh Shiqin Kamal, Waei Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojin (Rusia) dan Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Sementara itu, saksikan juga tiga filem menyusul kemudiannya filem Ratu The Movie (12 Ogos, 2 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos, 10 malam), Tentang Bulan (14 Ogos, 2 petang) sebelum diakhiri tayangan filem Persona Non Grata (15 Ogos, 2 petang).

No comments:

Post a Comment

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf