Thursday 1 August 2013

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser






Ibu kepada pelakon yang terkenal dengan lakonan dalam drama Misiku Kuza, Arja Lee telah pun kembali kerahmatullah pada jam 4 pagi tadi.
Sebelum ini, Arja pernah memberitahu bahawa dia sibuk menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser lelangit yang dihidapi sejak 13 tahun yang lalu dan penyakit tersebut sudah pun berada ditahap yang kritikal. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30 memberitahu berita kematian itu melalui laman sosial Twitter miliknya.
“Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.
“Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah,” tulisnya.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang namun telah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
Menurut Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf