Thursday 1 August 2013

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tersangkut Kayu


Penantian seorang kanak-kanak tujuh tahun yang dikhuatiri lemas akhirnya terjawab setelah mayatnya dijumpai tersangkut di pukat penduduk kira-kira jam 12.30 tengah hari di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, di Baling, semalam.
Mangsa, Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, dijumpai penduduk yang kebetulan berada di kawasan itu untuk menangkap ikan iaitu lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
Menurut penduduk setempat, mereka ternampak sesuatu yang hanyut di kawasan sungai itu tetapi tidak menyangka ianya adalah mayat.
Salah seorang saksi kejadian berkata, beberapa penduduk menyangka mayat itu adalah buah kelapa yang sedang hanyut di dalam air.
Menurutnya, mangsa hanyut dalam keadaan berdiri di dalam air, bukannya terlentang seperi kebiasaannya.
“Kami hanya nampak kepala mangsa di dalam air. Tetapi, kami menyangka kepala mangsa itu buah kelapa.
“Kemudian, bila saya turun ke kawasan pemukat, baru saya sedar ianya adalah mayat seorang kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Baling, Abdul Kudus Abdul Malik berkata, teknik mengocak air menggunakan bot membantu mengesan mangsa.
Katanya, mangsa lemas akan timbul dengan sendirinya dalam tempoh 24 jam melainkan mangsa tersangkut di batang kayu dan sebagainya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mereka.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kisah mengenai mangsa yang dikhuatiri lemas semasa berkelah bersama kakak dan rakannya di Sungai Pegang, Kuala Pegang.
Mangsa yang berasal dari Kampung Lela, Kuala Pegang dikatakan sedang bermain pasir sebelum hilang tanpa disedari kakak dan rakannya yang berdekatan mangsa.
Anak kedua dari tiga beradik itu terlalu beria untuk berkelah bersama kakak dan rakannya malah, turut meminta ibunya membuatkan bekal untuknya.

No comments:

Post a Comment

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf