Saturday 3 August 2013

Kereta Langgar Belakang Lori, Pemandu Maut

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 243.6, Lebuharaya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat Seremban hari ini.
Mohamad Izmi Fariqzawan Mohamad Fauzi, 19, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata ketika kejadian pada pukul 9 pagi, Mohamad Izmi dikatakan memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Port Dickson.
“Kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan. Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan cedera parah,” katanya.
Dua belas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Lori yang membawa muatan pokok itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit, kata jurucakap itu dan memberitahu bahawa pemandu lori berusia 33 tahun itu tidak cedera.
Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf