Saturday 3 August 2013

Pengawal Keselamatan Mati Ditembak Di Kajang

Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
“Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.
Abdul Rashid berkata, mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

FAM Bocor Rahsia Pengganti Rajabobal

Nama jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ada dicadangkan menggantikan Datuk K Rajagobal bagi mengendalikan skuad Harimau Malaya menghadapi baki aksi Kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain dan Qatar.
Itulah rahsia yang terbocor selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, yang sebenarnya mencadangkan Rajagobal dipecat serta merta atau direhatkan terus daripada jawatannya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ketika ditanya perkembangan itu mengakui terdapat cadangan Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara untuk membawa cabaran pada baki aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (15 Oktober dan 15 November) dan Qatar (19 November).

Namewee Budak Tidak Tahu Sejarah, Bodoh – Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.
Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.
“Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
“Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula,” katanya.
Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Mohamed Nazri juga berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.
“Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga,” ujarnya.

Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

Kereta Langgar Belakang Lori, Pemandu Maut

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 243.6, Lebuharaya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat Seremban hari ini.
Mohamad Izmi Fariqzawan Mohamad Fauzi, 19, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata ketika kejadian pada pukul 9 pagi, Mohamad Izmi dikatakan memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Port Dickson.
“Kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan. Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan cedera parah,” katanya.
Dua belas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Lori yang membawa muatan pokok itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit, kata jurucakap itu dan memberitahu bahawa pemandu lori berusia 33 tahun itu tidak cedera.
Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

10 Filem Terbaik Ditayangkan di TV2 Sepanjang Syawal 2013

Sebanyak 10 filem terbaik tempatan akan ditayangkan berturut-turut sepanjang bulan Syawal ini menerusi saluran TV2.
Bermula pada 7 Ogos ini, hayati kisah pengorbanan seorang ayah, Saadom terhadap anaknya, Miasara dalam filem Papadom yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Afdlin Shauki, Noorkhiriah, Liyana Jasmay, dan Vanidah Imran. Ia bersiaran pada pukul 11.30 malam.
Menyusul kemudiannya filem Selamat Pagi Cinta pada 8 Ogos (2 petang) lakonan Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani. ia mengisahkan dua kisah cinta yang penuh suka dan duka. Pertemuan yang membibitkan perasaan cinta dan perpisahan yang penuh dengan kekecewaan dan persoalan.
Tayangan filem ‘box office’, Ombak Rindu pada 8 ogos (10.30) yang telah diaptasikan daripada novel Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari.
Filem arahan Osman Ali yang menampilkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani ini mengisahkan perjalanan hidup Izzah dan Hariz daripada dunia yang berbeza terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan.
Bergelak ketawa pulamenerusi filem Duyung (9 Ogos, 2 petang) lakonan Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, dan Yasmin Hani yang mengangkat latar kisah tentang Jimmy yang menaruh hati terhadap Aspalela.
Sikap Jimmy yang suka membersihkan laut membawa tuah kepada dirinya apabila dia dapat bertemu dengan ikan duyung penemuan ini merubah hidup Jimmy dan orang kampung.
Filem aksi Bunohan yang pernah memenangi banyak anugerah yang mengisahkan tiga orang adik-beradik bernama Adil, Bakar dan Ilham.
Kehadiran mereka membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka. Setiap seorang daripada mereka bergelut dengan ketidakpuasan, pengampunan dan kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa dan pengkhianatan yang berpanjangan.
Lakonan filem Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Wan Hanafi Su dan Namron itu disiarkan pada 9 Ogos (10.30 malam).
Seterusnya nantikan filem Gangster pada 11 Ogos (4.30 petang), kisah dan konflik yang dihadapi oleh individu-individu tertentu di mana mereka menghadapi pelbagai desakan hidup di bandar lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Hasnul Rahmat, dan Ako Mustapha.
Peminat Tomok pula usah ketinggalan menyaksikan filem Mantera yang melibatkan tiga buah Negara iaitu Malaysia, Rusia dan Dubai. Filem yang disiarkan pada 11 Ogos (11 malam) mengisahkan anak muda bernama Azman yang secara tidak sengaja mendapat kuasa luar biasa yang memberi kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’.
Selain Tomok, filem ini dibintangi oleh Shiqin Kamal, Waei Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojin (Rusia) dan Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Sementara itu, saksikan juga tiga filem menyusul kemudiannya filem Ratu The Movie (12 Ogos, 2 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos, 10 malam), Tentang Bulan (14 Ogos, 2 petang) sebelum diakhiri tayangan filem Persona Non Grata (15 Ogos, 2 petang).

Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan Hingga Berdarah

Memang sedih!!! mungkin dikecewa telah up date status bahawa telah menoreh tangannya hingga berdarah kerana cinta.Sekadar nasihat untuk para pembaca sekelian memang agak sukar menerima hakikat bahawa si dia telah curang atau minta putus tambahan pula semuanya telah diberikan kepadanya.Namun janganlah bertindak bodoh hingga sanggup cederakan diri sendiri sedikit hadis yang perlu kita fahami

Jadi bermuhasabah diri ada himah disebaliknya.Anggaplah ini adalah ujian Maha Esa.Yakinlah kepada Allah dan berubahlah insyallah anda akan merasai tenang


Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf