Saturday 3 August 2013

Pengawal Keselamatan Mati Ditembak Di Kajang

Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
“Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.
Abdul Rashid berkata, mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

FAM Bocor Rahsia Pengganti Rajabobal

Nama jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ada dicadangkan menggantikan Datuk K Rajagobal bagi mengendalikan skuad Harimau Malaya menghadapi baki aksi Kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain dan Qatar.
Itulah rahsia yang terbocor selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, yang sebenarnya mencadangkan Rajagobal dipecat serta merta atau direhatkan terus daripada jawatannya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ketika ditanya perkembangan itu mengakui terdapat cadangan Kim Swee dilantik sebagai pengendali sementara untuk membawa cabaran pada baki aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (15 Oktober dan 15 November) dan Qatar (19 November).

Namewee Budak Tidak Tahu Sejarah, Bodoh – Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.
Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.
“Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
“Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula,” katanya.
Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Mohamed Nazri juga berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.
“Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga,” ujarnya.

Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

Kereta Langgar Belakang Lori, Pemandu Maut

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 243.6, Lebuharaya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat Seremban hari ini.
Mohamad Izmi Fariqzawan Mohamad Fauzi, 19, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata ketika kejadian pada pukul 9 pagi, Mohamad Izmi dikatakan memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Port Dickson.
“Kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan. Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan cedera parah,” katanya.
Dua belas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Lori yang membawa muatan pokok itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit, kata jurucakap itu dan memberitahu bahawa pemandu lori berusia 33 tahun itu tidak cedera.
Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

10 Filem Terbaik Ditayangkan di TV2 Sepanjang Syawal 2013

Sebanyak 10 filem terbaik tempatan akan ditayangkan berturut-turut sepanjang bulan Syawal ini menerusi saluran TV2.
Bermula pada 7 Ogos ini, hayati kisah pengorbanan seorang ayah, Saadom terhadap anaknya, Miasara dalam filem Papadom yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Afdlin Shauki, Noorkhiriah, Liyana Jasmay, dan Vanidah Imran. Ia bersiaran pada pukul 11.30 malam.
Menyusul kemudiannya filem Selamat Pagi Cinta pada 8 Ogos (2 petang) lakonan Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani. ia mengisahkan dua kisah cinta yang penuh suka dan duka. Pertemuan yang membibitkan perasaan cinta dan perpisahan yang penuh dengan kekecewaan dan persoalan.
Tayangan filem ‘box office’, Ombak Rindu pada 8 ogos (10.30) yang telah diaptasikan daripada novel Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari.
Filem arahan Osman Ali yang menampilkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani ini mengisahkan perjalanan hidup Izzah dan Hariz daripada dunia yang berbeza terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan.
Bergelak ketawa pulamenerusi filem Duyung (9 Ogos, 2 petang) lakonan Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, dan Yasmin Hani yang mengangkat latar kisah tentang Jimmy yang menaruh hati terhadap Aspalela.
Sikap Jimmy yang suka membersihkan laut membawa tuah kepada dirinya apabila dia dapat bertemu dengan ikan duyung penemuan ini merubah hidup Jimmy dan orang kampung.
Filem aksi Bunohan yang pernah memenangi banyak anugerah yang mengisahkan tiga orang adik-beradik bernama Adil, Bakar dan Ilham.
Kehadiran mereka membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka. Setiap seorang daripada mereka bergelut dengan ketidakpuasan, pengampunan dan kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa dan pengkhianatan yang berpanjangan.
Lakonan filem Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Wan Hanafi Su dan Namron itu disiarkan pada 9 Ogos (10.30 malam).
Seterusnya nantikan filem Gangster pada 11 Ogos (4.30 petang), kisah dan konflik yang dihadapi oleh individu-individu tertentu di mana mereka menghadapi pelbagai desakan hidup di bandar lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Hasnul Rahmat, dan Ako Mustapha.
Peminat Tomok pula usah ketinggalan menyaksikan filem Mantera yang melibatkan tiga buah Negara iaitu Malaysia, Rusia dan Dubai. Filem yang disiarkan pada 11 Ogos (11 malam) mengisahkan anak muda bernama Azman yang secara tidak sengaja mendapat kuasa luar biasa yang memberi kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’.
Selain Tomok, filem ini dibintangi oleh Shiqin Kamal, Waei Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojin (Rusia) dan Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Sementara itu, saksikan juga tiga filem menyusul kemudiannya filem Ratu The Movie (12 Ogos, 2 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos, 10 malam), Tentang Bulan (14 Ogos, 2 petang) sebelum diakhiri tayangan filem Persona Non Grata (15 Ogos, 2 petang).

Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan Hingga Berdarah

Memang sedih!!! mungkin dikecewa telah up date status bahawa telah menoreh tangannya hingga berdarah kerana cinta.Sekadar nasihat untuk para pembaca sekelian memang agak sukar menerima hakikat bahawa si dia telah curang atau minta putus tambahan pula semuanya telah diberikan kepadanya.Namun janganlah bertindak bodoh hingga sanggup cederakan diri sendiri sedikit hadis yang perlu kita fahami

Jadi bermuhasabah diri ada himah disebaliknya.Anggaplah ini adalah ujian Maha Esa.Yakinlah kepada Allah dan berubahlah insyallah anda akan merasai tenang


Petua Merawat Bayi Yang Demam

selamat datang ke blog memang gempaq.Kali ini admin kongsikan dengan anda pertua ringkat iaitu petua merawat bayi yang demam
Petua 1: Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa. Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.
Petua 2: Mengurangkan panas badan dengan beras pulut. Ambil segengam beras pulut dan goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut berwarna kekuningan. Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air menjadi suam dan tapis. Anda boleh beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Gambar Manusia Dalam Perut Jerung


Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.

Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.

Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan.

Gambar Apabila Gadis Cina Bertudung

Memang Comel!!!! lihatlah orang bukan islam pun tahu bertapa indahnya bertudung.Namun mengapa orang islam sendiri tidak menyedarinya.Gambar gadis comel ialah seorang perempuan cina yang ingin mencuba untuk memakai tudung.

Cuba anda lihat sendiri komen gadis ini,beliau bertudung untuk menunjukan bertapa indahnya jika wanita islam bertudung.Apa perasaan anda yang masih belum bertudung? sekadar renungan..

Admin mendoakan agar gadis comel ini diberi hidayah memeluk islam satu hari nanti dan kepada yang masih belum bertudung semoga anda juga diberi hidayah.


Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/gambar-apabila-gadis-cina-bertudung.html#ixzz2axGja4ek

sejadah Ada Ukiran Wajah Khinzir

Memang Perlu diberi perhatian!!!! akhir-akhir ini pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan maruah islam dengan erti kata kata menghina islam.Agenda ini dibuat secara terang-terangan ada juga secara tersembunyi.Admin pasti setiap rumah pastinya ada sejarah namun persoalan sekarang bagaimanakah ukiran sejadah di rumah kita?

Jika sejadah rumah anda seperti bulatan diatas ambillah sejadah tersebut dan bakarlah ia.Ini jelas menunjukkan mainan kotor orang kafir untuk menghina islam,sekali pandang mungkin ada yang tidak perasan namun jika dipandang betul-betul jelas menunjukkan wajah babi atau Khinzir.


 

Friday 2 August 2013

Dua Maut Bas Ekspress Rempuh Treler Di Tapah


Dua maut manakala lima yang lain cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan treler membawa plastik di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di Tapah hari ini.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.
Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata, bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.
“Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.
“Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.
Katanya, pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya.

Meraung Lihat Jenazah Isteri Terbaring Kaku



Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di Kota Kinabalu, kelmarin.


Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah pikap Isuzu D-Max yang mahu memasuki simpang tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggangi pasangan terbabit lalu bertembung.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala.


Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di Kota Kinabalu, kelmarin.


Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah pikap Isuzu D-Max yang mahu memasuki simpang tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggangi pasangan terbabit lalu bertembung.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala.

Thursday 1 August 2013

Kantoi Sebelum Naik Pelamin





Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, Batu Pahat, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.
“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.
“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tersangkut Kayu


Penantian seorang kanak-kanak tujuh tahun yang dikhuatiri lemas akhirnya terjawab setelah mayatnya dijumpai tersangkut di pukat penduduk kira-kira jam 12.30 tengah hari di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, di Baling, semalam.
Mangsa, Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, dijumpai penduduk yang kebetulan berada di kawasan itu untuk menangkap ikan iaitu lima kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
Menurut penduduk setempat, mereka ternampak sesuatu yang hanyut di kawasan sungai itu tetapi tidak menyangka ianya adalah mayat.
Salah seorang saksi kejadian berkata, beberapa penduduk menyangka mayat itu adalah buah kelapa yang sedang hanyut di dalam air.
Menurutnya, mangsa hanyut dalam keadaan berdiri di dalam air, bukannya terlentang seperi kebiasaannya.
“Kami hanya nampak kepala mangsa di dalam air. Tetapi, kami menyangka kepala mangsa itu buah kelapa.
“Kemudian, bila saya turun ke kawasan pemukat, baru saya sedar ianya adalah mayat seorang kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Baling, Abdul Kudus Abdul Malik berkata, teknik mengocak air menggunakan bot membantu mengesan mangsa.
Katanya, mangsa lemas akan timbul dengan sendirinya dalam tempoh 24 jam melainkan mangsa tersangkut di batang kayu dan sebagainya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mereka.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kisah mengenai mangsa yang dikhuatiri lemas semasa berkelah bersama kakak dan rakannya di Sungai Pegang, Kuala Pegang.
Mangsa yang berasal dari Kampung Lela, Kuala Pegang dikatakan sedang bermain pasir sebelum hilang tanpa disedari kakak dan rakannya yang berdekatan mangsa.
Anak kedua dari tiga beradik itu terlalu beria untuk berkelah bersama kakak dan rakannya malah, turut meminta ibunya membuatkan bekal untuknya.

Ibu Arja Lee Meninggal Dunia Akibat Kanser






Ibu kepada pelakon yang terkenal dengan lakonan dalam drama Misiku Kuza, Arja Lee telah pun kembali kerahmatullah pada jam 4 pagi tadi.
Sebelum ini, Arja pernah memberitahu bahawa dia sibuk menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser lelangit yang dihidapi sejak 13 tahun yang lalu dan penyakit tersebut sudah pun berada ditahap yang kritikal. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30 memberitahu berita kematian itu melalui laman sosial Twitter miliknya.
“Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.
“Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah,” tulisnya.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang namun telah dipindahkan ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
Menurut Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.

Ibu Maut Dirempuh Anak Sendiri




Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di Butterworth, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 7.10 petang itu, mangsa, Tan Ng Choun, 57, maut selepas cedera parah akibat tersepit di pagar konkrit kerana dirempuh kereta dipandu anak lelakinya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa yang berjarak lebih kurang 50 meter dari rumah anaknya. 

“Mangsa sebelum itu mengunjungi rumah anak lelakinya yang berusia 27 tahun yang terletak berdekatan untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka membabitkan teman lelaki ibunya. 
“Namun selepas gagal mencapai jalan penyelesaian, mangsa pulang ke rumahnya menunggang motosikal sambil diekori anak lelakinya yang memandu kereta,” katanya. 

Abdul Rahman berkata, sebaik menghampiri pintu pagar rumah, anak lelakinya bertindak merempuh ibunya yang berada di atas motosikal menyebabkan mangsa tersepit.

“Rempuhan kuat itu bukan sahaja menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian tetapi turut menyebabkan pagar konkrit di rumahnya runtuh. 

“Beberapa jiran yang terkejut melihat kejadian itu kemudiannya cuba membantu mangsa sebelum mereka bertindak menghubungi polis kemudiannya,” katanya. 



Abdul Rahman berkata, punca pergaduhan dua beranak itu besar kemungkinan disebabkan oleh tidak puas hati anak mangsa terhadap teman lelaki ibunya. 

“Sejak kematian suaminya, mangsa menjalin hubungan dengan seorang lelaki tetapi tidak disenangi oleh anak lelakinya itu.

“Mereka dikatakan sering bergaduh berkaitan masalah berkenaan, bagaimanapun polis perlu melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya. 

Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian dan kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya sejurus selepas itu.

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!kamarul
Get code
- See more at: http://www.trickstoo.com/2013/06/Beautiful-Facebook-Popup-Like-Box-With-Timer-For-Blogger-Jquery.html#sthash.Vt7tJ9tN.dpuf